assalammualaikum semua hehehe..
nampak tak tajuk je dah gempak siot..sebenarnya aku nak buat tajuk 2013-21 hari mencari kematangan.tapi terbatal..ataupon bak kata Fuzah 2013-rambokah 19 tahunku...eh nampak tak intro pon dah gempak gila ni weh!okay sesiapa yang tak puas hati boleh buat police report.
nak jadi orang minyak yang kaya dan berjaya..nak jadi orang minyak yang kaya dan berjaya..nak jadi orang minyak yang kaya dan berjaya..haaaa
2013.eh kenapa mesti buat entry kalau tahun baru eh?kenapa!eh kan bebudak sekarang nak pakai ipad je nak pakai tab je terajang karang!*marah tak tentu pasal
nampak tak sebenarnya motif entry ni masih kabur kabur.dan aku masih mencari definisi matang ni apa.adakah matang ni bila kita dah tak boleh nak makan choki choki ?ataupun kita tak boleh beli apollo rasa yang pasti menggemparkan?ataupon definisi matang ni adalah kita perlu beli durian crepe dan post dekat facebook?ke macam mana?banyaknya definisi..
matang ni bila kita kena capai umur 18 ke?ataupun kena habis SPM..ataupon kena ambil SPM.kalau tak ambil tu kira takde wawasan..eh yeke camtu?
tapi teman ada wawasan..
dan aku rasa macam aku hampir mencapai tahap kematangan.dan sesiapa yang nak batuk sila batuk sekarang.eh serius.sekarang masa untuk serius.*kata matang*dan akhirnya aku faham..matang ni tak kira umur..jangan ingat budak 5 tahun tak reti jadi matang langsung.bila dia kata susu dumex lagi sedap dari susu dutch lady kita kena dengar.itu menunjukkan kematangan beliau dalam memilih brand susu.when i speak u listen!*kata seorang budak 5 tahun kepada promoter dumex*
dan korang perasan tak aku tak masuk isi lagi.hahaha.aku nak gelak kejap.haa okay masuk isi.haha aku faham nak melalui sesi permatangan seseorang tu agak payah.dia bukannya kita perlu serius 24/7.tu jimbit namanya..dan kita tak perlu lah nak muka serius camtaik je tiap masa.
LISTEN LISTEN LISTEN
yang kita perlukan sekarang ye wahai mahasiswa mahasiswi mahaguru dan adik adik pelajar sekolah serta tadika sekalian...*tarik nafas* serius dalam belajar ye ! *hembus nafas kekuat sampai keluar bulu hidung*
eh tak.aku pon baru nak serius dalam belajar sebenarnya,bila aku sedar alam universiti yang memang totally berbeza dari zaman sekolah bilamana masa zaman sekolah semua benda cikgu suap,cikgu tolong potostetkan,cikgu tolong belikan pin number,cikgu bagi nota dan semuanya perlukan cikgu,melainkan basuh baju serta sidai tuala.tu kena buat sendiri.
tapi lain lah masa zaman universiti ni.semua kena cari sendiri.kerah kudrat sendiri.bangun pagi sendiri..eh?cari nota sendiri..maka masa sem 1 dulu aku masih tak nampak semua tu,lantas aku pon berjimba dengan amat dasyatnyaa..haaa..sampai naik sem 2 baru aku tersedar dari mimpi*tu pon lepas prince charming cium dahi..awww*
matang ni bilamana kita dengar pendapat orang,apa yang orang tegur kita jadikan sebagai pengajaran..bukannya kita memarah dan kata "alahhh macam bagus je Samad tu ! " " weh Zubaidah nak bajet alim mende!dia pon pakai baju nampak ketiak ! "
dan kau terus maki hamun sebab Zubaidah tak cukur bulu ketiak.
dan bila kita tengah berdiskusi dengan kawan kawan tentang hal hal dunia masa kini,masa ni lah kita kena matang,sebab kita ni lah harapan bangsa,jangan masa orang tengah kutuk BN kau terus simbah minyak tanah satu badan dan bakar diri sendiri tanda protes.itu tidak matang ye Sharifah Zohra.tidak matang.semua orang ada pendapat sendiri,dan kita dengar pendapat mereka dan fikir.bukan terus memaki dan mencaci..dan kepada Miss Bawani...vanakkam..
dan matang tu apabila kita perlu menjadi matang,seperti membeli nasik lemak.. " tambah ayam ye kak,kulit nak lebih.haa sotong tu nak janggut je,kalau boleh bagi sekali begedil "
nampak tak?matang dalam pemilihan lauk.
dan kita perlu terus matang dalam pemikiran..maksud aku wahai jimbit.bukan masa nak berlawak pon hang nak matang terlampau,jangan...nanti buku lali makan dia..
sudi tak awak jadi makmum saya???heee...
NO!kepala jimbit kau !
dan kepada imam dan makmum dan kepada tulang rusuk...sila jangan buat perangai..jangan sampai tahap kematangan aku melebihi paras suhu bilik.jangan!
dan habis sudah tentang sesi kematangan kita..eh ini baru sesi satu ye,,
adios,assalammualaikum
love,
khadijah ♥,