Wednesday 31 October 2012

siti nurhaliza mengandung?!!!





haii!!dah lama jugak aku tak update ni.dah sampai jadi rumah tikus.siap beranak ranak kau!mintakk maap le sape sape yang suruh aku update tu tapi aku buat bodoh je *tulis macam hot gitu.
emm nak cerita pasal apa lagi.mengikut tajuk diatas yang sangat sangat menarik loser.jadi apa yang perlu dilakukan adalah mengabaikan tajuk diatas,dan buat karangan lain.dan sila sial..haa tengok dah typo.

ye,sem 1 yang indah,damai tenang haa semua yang sama waktu dengannya.

awal sem 1 yang menyesakkan jantung aku.menyesakkan hati serta perjalanan darah menjadi semakin lambat dan hampir jammed dibuatnya..homesick tahap nak mampos kerana jauh dengan keluarga iaitu sama dengan perjalanan selama 2 jam setengah sikit je untuk sampai ke rumah.

aku tahu korang semua nak tahu kehidupan campus aku cemana.haha konfiden je aku cakap.tah tah semua orang buat donno je.ahh persetankan!
dan macam macam jenis manusia telah aku ketemu.ecehh..dan..dan...yeaayy!!!ramai lelaki hensem!!!

pertengahan sem 1 yang indah di ketemukan dengan manusia manusia pelik baik penyayang dan seangkatan dengannya..tah..tak reti pulak nak buat ayat bermadah madah ni.ok go on je terus.malas nak cakap bebanyak.

perkenalan yang singkat dan tak dijangka.tapi siapa sangka kasih sayang yang Allah hadirkan kekal hingga kini.Hilal sexy and we know it haha.



SYAHIR LUQMAN
alaahhh apasal aku tak rotate!tapi takpe.oh ye syahir,mula mula nmpk dulu aku rasa dia budak yang social2 gitu.jadi aku malas nak amek port lagipon dia budak kelas sebelah.tapi salah rupanya,first meeting club aku dapat tau dia ketua dakwah and welfare.oh baik budaknya,jadi imam.baca quran pon sedap.nyanyi pon boleh tahan even kdg2 rasa mcm ada kat Sumatera Barat bila dengar dia nyanyi.sebelum kenal dia kata aku sombong.dan semestinya tekaan beliau amat salah.kami berkenalan lepas dia tahu nama aku Khodi.dan dia suka sebut2 masa malam tu.aku ingat lagi.dan sejak tu mula rapat sikit demi sikit.seorang yang rajin melayan kerenah dan kita wajib layan je kerenah beliau.syahir suka wanita tudung labuh pakai handsocks.maka aku terkeluar daripada list.haha.Syahir ni cita cita dia nak jadi ustaz.insyaallah makbul.dan kepada wanita yang ingin berkenalan dengan beliau jangan segan2 PM aku ye,eh Syahir sorry for the pranked call hahaha

AMIRUL ASYRAF
hye Mirul.cinta hati pengarang jantung Alia.aku kenal dia sebab dia pernah buat announced masa dekat kelas Poli.dah cakap ganu pulak.sebijik cam amir Raja Lawak.haha Mirul pantang orang panggil dia cenggitu.hehe.seorang yang mengambil berat dan langsung tak kisah kalau orang mintak tolong.Mirul ni dia nak jadi pakar motivasi katanya.tengok kepetahan dia bercakap insyaallah tercapai.dan kelebihan dia melempang orang pon boleh tahan kuat.hahah.Mirul suka stress stress masa study.haha aku bukan stress sebab study.tapi aku stress tengok dia stress.tapi dia best.sebab dia layan je kalau aku merapu.Mirul ni garang jugak kekadang.dia selalu marah aku kalau aku sendawa kuat kuat.tapi aku tak berapa nak hairan sangat..sebab Mirul taknak kawen dengan aku kan?hahaha.tapi insyaallah lepas ni aku behave.aku pernah buat pranked call dekat Mirul jugak.tapi just try and error.terima kasih bagi kerjasama haha.

WAFA AWLA
tak tahu nak cakap macam mana.tapi mula mula aku kenal Wafa ni aku ingat dia sombong.suka mengejek orang.haha jahat aku.tapi bila dah kenal tak sangka Wafa ni penyajak penyair pegurindam semua.hati Wafa ni halus.romantik orangnya.juga pendengar dan penasihat yang baik.aku kalau ada masalah dengan orang mesti aku mintak pendapat dia.dan sebab kata kata dia lah yang buatkan aku makin lama makin kenal erti kehidupan ni.tapi kadang kadang aku tengok dia macam mak mak pon ada sebab dia lagi suka tengok kitorang merapu tapi dia diam je sambil senyum senyum.WAfa cita cita dia nak jadi penulis.tinggi cita cita dia,dengan bakat dia yang diasah tu aku yakin Wafa boleh pergi jauh.pastu Wafa suka tacing tiba tiba.tapi aku macam tak tahu nak buat apa sebab aku tak reti nak reka ayat romantik romantik.mungkin Syahir reti nak handle Wafa ni ahhaahaha.


HILAL AZMAN

antara orang yang paling aku kagumi dengan semangat waja beliau yang selalu menaikkan semangat orang lain supaya tak mudah putus asa.seorang ketua yang hebat.juga seorang kawan yang suka menasihati.tapi Hilal ni anak manja rupanya.hahah diam diam Hilal ni anak bongsu.comel kan?hahahaha lawak okay lawak!Hilal selalu ada masa saat saat genting.masa kitorang tengah buntu tak tahu macam mana nak study history padahal esoknya final exam.Hilal dengan tenang dan sabarnya mengajar kami yang sememangnya banyak kerenah dan peelnye.Hilal ni serius di tempat2 yang sepatutnya dan manja di tempat yang tak sepatutnya.haha!tapi comel sangat Hilal buat gaya pondan!errr..sorry Hilal for the pranked call.err macam mana boleh tiba tiba?hahaha.harap harap Hilal jadi ahli politik yang berjaya.Amiinnn...



SHERIL ATIQAH
bolee bhaa qalau qau.hahaha.antara manusia pelik yang aku pernah jumpa.aku jadi jakun dengan loghat Sabah yang pekat dan likat yang dikeluarkan dari bibir mungil dia tu.pastu kalau jumpa dia aku selalu suruh dia cakap macam2.tapi Sheril ni baik.dia sabar je kalau aku lambat siap2 nak pergi kelas.dia sabarnye tunggu aku kat bawah.tapi sepanjang jalan tu mulut dia mesti membebel bebel.aku pon terpaksa tadah je even tak masuk otak pon.Sheril ni tak suka makan pedas.jadi aku suka usik dia dengan tangan aku yang penuh sambal nak letak kat pinggan dia.haha.tapi dia suka makan coklat.aku pulak yang mual tengok hari hari dia kunyah.pastu Sheril suka tidur dalam kelas.kdg2 aku join.tapi selalunya aku jadi tukang urut dia.Sheril ni suka gelak kuat kuat.rasa nak tampar jugak kadang2.pastu Sheril selalu bawak makanan Sabah yang pelik pelik.aku ingat lagi dia semangat gila buat Ambuyat.padahal aku tak reti nak makan benda alah tu.ye aku sayang Sheril sebab kalau takde dia,lagi lambat aku pergi kelas.hahahah


SHARIFAH HANISAH(tudung coklat)


glemer lah Syaza dengan Sheril gambar diorang ada sekali.okay,Hani adalah antara manusia terawal aku kenal dekat Uia ni.aku tengok budak ni pelik je.sebab dia suka gelak2 kalau aku bercakap.pastu dengan pelat 's' dia tu.memang tak menahan.pastu Hani ni kalau boleh,kalau kitorang jumpa ke,memang dia nak conquer semua sesi perbualan tu.hahaha!tapi Hani rajen belajar.cuma bila belajar sesama kitorang bergosip je lah.Hani ni ramai peminat.muka lawa.belanja pon boros.haha.cuma Hani ni suka buat benda benda pelik.time orang diam.dia paling bising.Hani rajen je kalau orang ajak teman pergi makan.sebab Hani suka makan roti tisu.walaupon Hani suka datang bilik aku tak kena masa,ada ke datang time aku baru bangun tidur.mulut pon tak boleh bukak lagi,tapi takpe.aku sayang Hani,sebab Hani rajen kongsi roti tisu dia dengan aku.hahaha



SAUFI MOHAMAD
yeaayy!!aku tak rotate lagi!!Saufi.haa comel je budaknya.sebabkan Saufi and baby stagg dia lah kitorang rapat sampai sekarang.mula2 dulu usha Saufi dari jauh je.tak sangka lama lama jadi kawan.haha Saufi pon syok lah aku usha dia.Saufi ni mula mula kenal dulu aku ingat dia garang tau.rupanya lawak nak mampos.rasanya nak bagi takhta je dekat dia.pandai main guitar.ohh sweetnye..dah lah kecik main guitar pulak tu..korang dapat imagine tak?lagi lagi lagu love story.Saufi tak kesah pon kalau kitorang suruh dia ulang lagu yang sama tiap tiap hari.dia layan je.berani pulak budak Saufi ni.kalau dah lama sangat kitorang study,dia akan hantar balik(yelah dia pon one way)hahaha.apa lagi pasal Saufi.oh dia ni budak hafazan.baca Quran sedap je.haha perasan tak Saufi je tak pernah kena pranked call.tahniah Saufi!yelah.terima kasih Saufi.dengan izin Allah yang datangkan hang dalam kelompok kita,terima kasih.



will we be your SUPERHERO?
(penat sangat lepas study Political Science 0215a.m.)


see,penat aku karang panjang panjang entry ni.yelah.kehidupan aku dekat university sama jugak dengan orang lain.takde bezanya.ada pasang surutnya,cuma satu je,kasih sayang yang Allah bagi ni semua pinjaman je.semua benda pon.jadi janganlah kita kufur dengan nikmat Allah.


p/s:nantikan entry yang seterusnye yang lebih menarik mengancam terhangat tentang roomate roomate aku.pastikan anda tidak ketinggalan.*haha ayat mintak sepak siot.



love,
kowjah.


Thursday 3 May 2012

fawah dhobitoh.

 gaya tajuk aku cam gempak nak mattei.
dan fawah pon boleh kembang sebaldi,dua tiga baldi pon boleh.
ko hengat senang.fawah ni baru kawan aku bape bulan tah.aku pon tak saat terbitnya bibit perkenalan antara kami.mesti membe aku yang laen pon jeles sangat.kenapa tak pilih aku!
haha diam ah kome forever alone forever alone sekalian.
sebenarnya aku tak nak cerita pon pasal fawah ni.atoto fawah jangan nanges ok?
ahhh!!!!!intro aku tak best langsung!*baling barang atas meja solek.

jadi untuk menghilangkan kebosanan tahap kebabian eh contoh taubat.aku pon pasang lagu justin bieber.tak kenal justin bieber?bagus.bagus sangat.memang bagus.bagus!*padahal takde idea nak tulis mende tulis bagus banyak kali.

ok dah sebenarnya aku tetibe risau pulak.tadi aku tanya irham*sape yg bace seminggu selepas entry diterbitkan pon tetap tadi jugak*haa aku tanya dia aku takde tajuk ah.pastu dia suruh aku tulis tajuk kawin muda.hahah wadafak iram.pastu tetibe andartu terlampau.ko ingat aku ni haliza misbun ke mende.dah ah dia maen reket pon tak reti ahaha

lawak kan cerita ni.tapi mak aku mengamuk sakan bila aku tengok cerita ni haha
john jonan jonathan jugak yg dia nak eh takde motif aku terangkan

weh sekarang adalah kemuncak kegemilangan bagi lepasan SPM macam aku yang tanam buah takde buat ape kat rumah makan tido je.kemuncak ape?haa nak tentukan dapat u ke tidak.tu pon tak tau dasar samdol!kalau tak dapat acane?adakah aku patut ikut mereka ke mesir?jordan?kaherah?wehhhhhhhhhhhhhhhhh tak nak mak pak aku tak banyak duit.lagipon jauh dengan suami.aceceh meh sape sape volunteer nak tembak aku.aku izinkan.

tadi sembang ngan iram.tengah klimaks sembang dia boleh kata nak offline.nasib baik dia bff aku maka aku pendam je perasaan yang berduka cuka ini.wehh apa ni.takde motif langsung cerita pasal iram.tak menarik.kompem iram baca dia nanges terus taknak balik tronoh dah.

jadi aku ada wishlist sementelah dah masuk bulan5 ni.

1.pakai stoking bila keluar rumah.
kalau pakai stoking ni nampak cam badut tak?


2.kurangkan pakai tudung yang jarang.yang nampak aurat
uolls prefer yang mane?eh apasal gambar ni senget.

3.kurangkan mencarut.
tolong jangan mencarut bila tengok gambar ni.

4.kurangkan sifat baran
sesiapa yang kenal aku mungkin tak perasan aku ni baran.eh ke perasan?ahhahaha dah diam.baek amek wudhu' lagi bagus.

5.menjadi lebih keperempuanan.
aku usaha carik gambar mak nyah paling cantik.tapi aku berjaya jumpa yang ni je.ni nampak muslimah sikit dari yg lain.

tapi berjayakah aku melaksanakan misi dan visi aku ni?insyaallah berkat acewahh..kurus?tu wishlist aku masa bulan6 kot haha.sabar ye rakan2 satu hari nanti aku akan kurus dan jadi ratu cantik asia seperti apa yang kalian mahukan.

sudah sudah mari doa ramai ramai agar dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat..
bye uolss













Tuesday 1 May 2012

formspring!!

assalammualaikum semua ye,assalammualaikum.
tadi aku saja jalan jalan dekat photo album aku kan.
tetiba nampak satu gambar ni tau,
nak tgk tak? nah aku tunjuk.hahaha tak payah lah.

satu je aku nak cakap.follow lah formspring aku.nak promote pon tak reti.bebal gila dengan formspring tau.eh kejap.aku mengantuk ah..
assalammualaikum hahaha.


SYAI!!AKU DAH UPDATE NI HA!!!!

Thursday 26 April 2012

sekolah kata pergi universiti kata mari


assalammualaikum hye readers!*aku tengok major bloggers tulis hye readers jadi aku pon tiru.
kenapa ye entry aku kali ni.cop perasan tak perkataan gua dah hilang?haa aku takut bila baca rasa cam merempit pulak.gua datang sini gua lipat motor.lu lipat hapa?!haha tu adalah salah satu adegan adnan sempit.



haa nak tau tak aku singkap cerita sebenar aku.sebenarnye kan aku tak penah lulus bahasa arab tinggi masa aku form5.aku bukan ape bahasa arab tu tinggi sangat aku dah le takut tempat tinggi jadi aku pon diam je lah dekat bawah.

eh bukan aku sorang je tau!uolss mesti ingat aku ni bengap sangat kan?tak mungkin aku nak bengap sorang sorang..aku ada jugak seret dua tiga orang kawan aku supaya mereka pon terjerumus dengan kancah yang aku lalui ni.pergghh ayat aku patutnya bm dapat a plus ni

tapi alhamdulillah mase spm aku score gila hahah gaya cakap macam dapat aplus kan. tak mungkin aku hanya dapat c sahaja hoi tu pon aku rasa bersyukur siot ah!ni semua berkat aku hafal karangan bangun kol 5 pagi..sobs..aku pon tak menyangka sangat.aku ingat lagi kata2 ustaz yang mengajar aku arab.

masa tu aku tengah enak dibuai mimpi.pastu ustaz suruh kejut sape yang tido.tapi aku tak bangun.pastu ustaz kata sape yang tidur lepas ni tak payah bangun bangun dah.
sentap mak nakk!!lepas tu aku terus bangun.tapi disebabkan masa tidur aku sembamkan muka atas meja.jadi muka aku jadi cm forever alone terus lepas bangun.

yang aku perasan ustaz selalu attack aku dalam kelas.aku tak tau kenapa.aku ni special guest kot.kalau aku tengah tidur boleh ustaz tanya kat aku "khadijah,seronok tak nama kamu ada dalam ayat ni khadijah??"haa bayangkan betapa terkebil kebilnya aku nak bukak muka surat berapa.naseb baek manes kawan aku tolong bagitau.ohh manes terima kaseh..muahh muaahh sikit.


muka surat berapa tadi ustat???sobs sobss

yang bestnya masa sekolah ni..eh lupa aku nak bagitau aku all girls school.dan disebabkan keistimewaan yang diberi,kami  boleh lakukan sesuka hati apa yang hati kami nak lakukan.kadang2 pegi prep malam pon pakai baju sekolah dengan tudung bau kari ikan.sebab dalam fikiran.bukan ade laki pon.kalau ade pon cikgu fikri.eh tu kena pakai cantik cantik.haha ok kalau ade pon cikgu nazeri.dia pon dua bahagi empat je..oppsss math error

eh lupa kenapa dengan tajuk aku ye?aku bukan hape.takut terbawak bawak perangai aku yang suka tutup mata masa belajar.masa tu bukak otak dan telinga je.acewaahhh sepak sikit.aku rasa semua orang cam aku kot.eh bukan semua orang.tapi ada yang berfikiran macam aku.

eh subjek ni tak sesuai lah waktu pagi..mengantuk nak mattei!
eh subjek ni patutnya lepas rehat,sekarang ni lapo tak boleh focus.
eh subjek ni tak boleh masa tengah hari,nanti sel neuron putus.

dan bermacam lagi alasan yang pernah terlintas dilubuk hatiku.eh bukan aku sorang je.aku tau ramai perangai hantu macam ni jugak.sape tak mengaku dia konco dr. Rozmey!

jadi masa kat universiti kita boleh pilih kan pukul berapa kita nak kelas tu.jadi aku pon berkira kira*konfiden macam dah dapat tawaran haha*
pagi:tak boleh sebab belum bangun.
tengah hari:tak boleh jugak.panas nanti migrain.lagipon mase tu nak sidai kain.
petang:tak boleh masa tu nak maen lagipon nak angkat kaen lagi
malam:tak boleh jugak sebab masa tu nak kira bintang

jadi kepada mahasiswa ataupon mahasiswi yang baca ni.jangan amalkan.kalau amalkan silalah berlakon dalam movie terbaru dr.Rozmey iaitu rambutku kegilaanmu.movie kali ni mungkin mencecah 51juta pulak.sebab sambutan disekitar tadika sangat menggalakkan.

jadi masa aku baring baring sambil tengok cicak mengawan aku terfikir.masa dekat universiti boleh ke buat perangai malas bebal semua perangai hantu masa kat sekolah dulu?boleh ke??dr.Rozmey boleh ke aku buat macam tu lagi??boleh ke tak!!ko tak jawab aku rebonding rambut kau!

sambutan movie terbaru sangat menggalakkan dikalangan pelajar tadika dan pasti mahupun taski.oleh itu sebagai penghargaan saya akan menghadiahkan mereka jus mate5.

serius aku macam rindu nak iron baju sekolah.nak tidur dalam kelas pastu kena cubit dengan cikgu rohani.kalau mengantuk pergi bilik sakit.ahhh best nya dekat sekolah..tapi kat universiti nanti lagi best kot.huahuahua tapi sape nak jaga aku!!!


dah ah tu penat aku menaip.tetibe je semangat ape tah datang nak tulis kat blog ni..semangat Rambut Rozmey kot.

pecah kaca pecah pinggan
lepas baca jangan simpan.


hahaha amende tu!!!!!ok bye bye uolss..


Wednesday 25 April 2012

fakta yang bukan auta


tau tak kalau makan taufufa semangkuk kome akan kenyang selama setahun.

tau tak hamster aku hilang seekor lepas aku bebal malas nak kejar beliau.

tau tak sape yg bace alih  suara kat astro bella ni camharam

tau tak adam lembet jadi gay selepas aku tolak cinta beliau.

tau tak lelaki hensem kebanyakannya gay.dan aku berharap agar lelaki tak hensem yang menjadi gay.


tau tak kalau kome nyanyi "tonightttttt we are youngggg..." otometik akan ade orang sambung.."so let set the world on fireeee.."tak percaya cuba nyanyi depan pavillion ke.


tau tak anak anak aku nanti semua namanya akan bermula dengan huruf 's'.


tau tak nab ade astro pakej family.dasyat tak dasyat.


tau tak iklan kat youtube tu boleh buat orang hilang sabar dan menghempas komputer mahupon membalingnya keluar.







tau tak hari tu aku tak jumpa lubang muka kat telekung aku.dan ada seorang makcik tu baek hati tolong sambil kata kat aku.."ni makan dia!"oh dia tampar muka aku.pehhh berubah terus reaksi aku terhadap beliau.
                                            apa masalah nenek kebayan ni?


tau tak rambut samuel larsen tu tak sikat dari bayi.


             kau kutuk aku kojah!siap kau aku sumpah jadi ratu cantik asia!


tau tak,perkataan babi bangang bodoh akan dimaafkan jika kome cakap contoh taubat diakhir perbualan.


tau tak perempuan kalau tengok bola bukan sebab dia minat.tapi sebab dia nak tgk pemain bola yg hensem2.tak cam pemain malaysia sume cegampang hahha..eh cm faiz tapit pulak.


tau tak ronaldinho dan kuda selalu bergaduh.aku pon tak tau sebab ape.


                                       atoto tomeinyewww baru menang...


tau tak tadi aku beli tudung,harga sebenar doplohlima,tapi lepas belasah makcik tu sampai pengsan aku dapat kurang sebanyak lima ringgit.jadi amalkan selalu ye,


kome tau tak.sebenarnya aku takde ape nak tulis.saje nak show off aku beli tudung baru kahkah.bye bye semua.

Monday 16 April 2012

hai.

 assalammualaikum semua.walaupon takde sape yang menjenguk belog gua yang usang musang ni.serius cakap gua malas gila nak hapdet kemende sume ni.rasa nak tutup pon ade blog ni hahaha..tapi demi kipas susah mati gua.gua kuatkan hati jugak.








dengan ni gua nak mengucapkan hye kepada semua.HYE!!!


ok sekian untuk entry kali ni.takde mood terus dengar lagu one direction.



Monday 2 April 2012

ini serius!

 hai sepatutnya gua tak hapdet pon belog ni!dah le mengganggu jadual harian gua!patutnya sekarang gua tengah basuh pinggan!*sila baca dengan menjerit


eh sekarang gua nak cerita sikit pasal glee
sape tau glee tu mende?nab kompem tahu ni.kompem!
sebab kat rumah nab ade starworld..sila mengamuk seminit ye nab!hahahahaha


sekarang ni gua menulis sambil kemas dapur penuhkan air dalam peti ais.lagi bersembang ngan pujah dan nab.


mari gua terus meneruskan tajuk gua yang sangat serius ni.jadi tiada gelak ketawa mahupun sengihan hodoh.




kakak angkat nab tengah hangen sebab ade org kate dia negro hewhew
eh nama kakak nab ni mercedes.diambil sempena nama kereta buatan malaysia

oleh kerana beliau lah rasa cinta gua terhadap justin bieber telah hilang seratus lima puluh juta peratus!tapi yang sangat sakit hati beliau bercinta dengan negro di atas merangkap kakak angkat nab.nama beliau ialah sam evans.*gua saja letak gambar ni seksi u..

sedaya upaya gua cari gambar beliau yang agak maskulin agar nab tidak mencaci beliau.oh dalam glee gua paling sayang beliau sebab kegedikan dan kemanjaan beliau aww!eh dan beliau adalah kurt yang sangat dibenci oleh nab dan sangat dicintai oleh gua.

beliau adalah blaine merangkap kekasih kurt.hensem kan.nab cintakan beliau.sebab tu nab benci kurt.

beliau adalah artie yang telah menipu satu dunia dengan meminta simpati kononnya beliau seorang yang tidak boleh berjalan.tapi kan beliau hensem gua rasa nak tumbuk muka dia

nama beliau ialah sebastian dan nab sangat cintai beliau malangnya beliau mencintai blaine hahah dan beliau sangat dibenci oleh kurt.tapi i pon tak faham kenapa beliau sangat hensem


gua tak minat sangat dia ni.tapi nama dia agak comel dipendengaran telinga gua.Noah Puckerman.comel bukan?


bagi gua lah kan beliau adalah yang tercantik le.tapi beliau ada seorang anak tiada nikah bersama puck hahaha.ohh nama beliau quinn.eh rambut beliau tu nak buat gaya mohong.

disebabkan gua benci beliau maka gua pon letak gambar beliau yang buruk.eh beliau adalah rachel merangkap pompuan pendek.


waktu mula2 gua kenalkan nab kepada glee nab nampak beliau paling hensem.hahah tang mane gua tak dapat kenal pasti.dia ni pakwe si rachel jadi gua tak suka beliau jugak.lagipon di finn ni badan dia taff sangat jadi agak menakutkan.


waktu mula2 gua terserempak dengan beliau ialah masa glee project.haha gaya gua langgar bahu je ngan beliau kan.oh muka beliau baby face.nab boleh kata muka dia cam orang tua.bagus betul bella calamidades.beliau ni bercinta dengan tina dan beliau adalah mike.

beliau ni lah tina.comel kan.tapi sebenarnya tak comel sangat pon haha.nama beliau agak tounge twster bagi gua.boleh tercabut lidah.tina cohen chang.sila baca dengan laju nescaya lidahmu akan putus.

disebabkan gua tak minat sangat kepada mereka maka gua gabung dua sekali terus.dari kiri ialah brittany dan kanan sekali duduk adalah santana.hahah peminat menggelar mereka sebagai brittana kerana percintaan mereka.

beliau ialah rory pelajar baru.comel?gua rasa boleh lah.bulat macam santa claus punya bontot

dah dah ni je yang gua nak bagi tahu.eh saket hati je gua tengok nab meroyan sangat samuel larsen tu hahaha ni beliau


hahaha beliau hensem bukan?tapi gua tahu ni adalah cinta hati nab




satu je gua nak pesan.nab,rajin rajin le tengok glee di starworld hahaha gua rasa nab mengamuk hempas meja dan baling semua barang diatas meja solek.

Friday 30 March 2012

hoi takde tajuk!(part1)

 weh gua dah tak reti nak menulis.
sejak dapat keputusan spm gua macam dah hilang kepakaran dalam apa jua bidang.
mungkin sebab keputusan gua yang sangat sangat sangat cemerlang hah!gua dah bakar pon slip tu.

tetibe je gua teringat waktu zaman gua sekolah dulu.ade rase straberi ade rase pelam ade rase boktan*org kg sebut rambutan jadi boktan*

gua teringat lagi mase zaman tadika waktu rehat cikgu bagi makan biskut sekeping je.tapi masa tu gua rasa biasa je.perut pon tak mintak byk.tapi bile gua teringat kan,gua jadi bengang gile!hahaha sian perut gua dulu waktu rehat makan biskut sekeping je.dan sejak hari tu gua selalu bawak bekal sendiri mak gua masak.tapi biskut gua amek jugak.tapi kan salunye deme bagi minum teh panas.eh cikgu tadika,kami ni budak2 ade ke bagi air yang panas macam lahar gunung merapi.

pastu waktu tadika selalu ade diskriminasi sape yang pensel tajam tak boleh kawan dengan pensel tumpul.bangang!gua dah lah selalu lupe asah pensel!tapi kan mule dekat tadika lah kita belajar solat sume even kat rumah tek praktikkan pon.

gua ingat lagi mase kat tadika dulu gua terberak dalam seluar hahah cilaka gile mase tu.tapi gua tipu cikgu gua,gua kate kat beliau gua terkencing hahahahaha.pastu terpaksa la gua gantikan seluar gua kepada kain yang disediakan oleh pihak tadika.dah le mase kecik2 mane lah nak pakai spender boxer sume tu.pastu gua pulak naik van balik rumah.disebabkan gua kecik je mase tu jadi pakcik van keluarkan gua ikut tingkap je waktu dah sampai rumah.eh gua gelabah tau mase tu tak tahu nak cover cane kain tu.hahaha bangang

pastu tetibe sekelip mata je gua dah masuk dajah satu.jadi mase tu mak gua lah yang teman gua pegi sekolah tunggu luar kelas.gua tak nanges pon waktu hari pertama.tah gua rasa buat ape nak nanges sume.gua sepak je sape yang nanges mase tu.ok itu dah kompem gua bohong.jadi disebabkan gua terlampau esaited mak gua tunggu gua kat luar jadi gua pon mengkerapkan diri gua ke tandas agar gua dapat tengok muke mak gua.tapi gua ingatkan panas sampai asar ghopenye hujan mase zohor.balik2 rumah gua kene marah ngan mak gua sebab kerap sgt pegi tandas.bygkan gua dajah satu dah kene marah.mase tu darah mak gua pon muda lagi masih menggelegak.

mase dajah satu gua skola ptg tau.jadi gua solat zohor pon dekat sekolah.mase sujud je mesti buat tarian bontot dengan kawan2 bagi goyang2.pastu pandang kat kawan sebelah bisik kat dia,weh hari ni kite makan dengan kamu tau.hahaha mase tu pon zohor je lah yang gua solat.yang laen bila mak gua suruh baru gua buat.gua ingat lagi mase tu mak gua suruh gua solat tapi gua malas gila.jadi gua masuk bilik gua alihkan telekung gua kat tempat lain konon2 gua dah solat.jadi mase mak gua tanye gua kate lah gua dah solat.hahahaha tapi sekarang 5 waktu alhamdulillah gua penuh.

mase dajah2 dulu pon kalau kite suke org pon kite pendam je sorang2.tak de nak kecoh sume ni.tapi kan gua ingat lagi waktu dajah 6 hahaha mase tu baru nak kenal dunia kan.darah muda pon baru je meletus.dan gua salah satu mangsa darah muda ni.mase tu baru nak kenal cinta2 beruk cinta ungka cinta anjing laut sume ni.haha bile gua ingat balik gua rasa nak hentak kepala gua kat dinding bagi hilang memori gua terhadap perkara tersebut.jadi mase tu paling hebat pon ade yahoo messenger hahah gua pon selalulah berchatting dengan beliau hahah walaupun kat sekolah gua selalu je bergaduh dengan beliau konon konon sweet lah

haa kalau gi jalan2 waktu kecik2 dulu mesti best je.tak payah bawak beg plastik hahah.tapi sekarang sume bende kene bawak sampai darah kat tangan tak berjalan.punyelah berat barang barang tersebut.

gua ingat lagi waktu kecik2 dulu kalau balik kampung kan.dalam perjalanan tu mase kat dalam kereta tak payah pakai tudung pon.kirenye pakai mase dah sampai ke destinasi je,waktu kecik dulu kat halaman rumah tak pakai tudung tapi lepas je kat luar pagar rumah otometik pakai tudung.dulu kalau org datang rumah kite pon tak payah pakai tudung.haha tapi sekarang bukan macam dulu lagi.gua dah jadi anak dara.

eh gua penat lah menaip ni.dah lah idea gua ni cukup2 makan je.nanti gua sembang lagi bye uollss.gua selalu bajet je lebih siap berpart part pulak haha.assalammualaikum




Saturday 24 March 2012

lelaki lembut??eeuuwww...

 eh kenapa dengan tajuk gua?eh lu jangan marah ni gua bukan nak hina orang.gua nak mengagumi mereka.
eh lupa pulak..assalammualaikum....


berdasarkan pengalaman gua berkawan dengan lelaki lembut kan..emm gua tak de pengalaman berkawan dengan lelaki lembut..haa mari ramai ramai tampar gua cepatttttt..


tetibe kan gua teringat kisah gua dengan abang gua yang tergolong dalam golongan lelaki tidak lembut.mase tu umur gua pon baru bape tahun..haa umur gua baru 11 tahun.mase tu gua tengah baring tengok telebisyen  mase tu kat rumah pon xd astro lagi maka channel yang paling best pon adalah tibi tiga.abang gua pulak sedang makan nasik berlaukkan sambal ikan yang mak gua masak.


gua namakan abg gua ni abg mok.singkatan drpd gemok.mase tu kan gua tengah syok syok layan sinetron tetibe dia marah gua.gua pon melawan le dengan tenaga gua yang ade.terjadilah adegan yang agak ganas diantara kami.tetibe boleh pulak abg mok menampar pipi gua dengan tangan yang penuh dengan sambal..cube uolss bayangkan betapa pedihnya hati gua waktu tu.dengan hati yang menggelegak gua bangun pegi dapur.uolss nak tau gua buat ape?gua amek sebijik bawang besau dan gua calit dengan sambal ikan tu gua lontar dekat abg mok.walopon tak kena sasaran *pandai abg mok elak* tapi gua puas hati sebab dapat balas dendam hahaha gua pon tak nak kalah siap calit sambal lagi.


dan disini gua bukan nak cerita pasal abg mok gua tu.gua nak cerita pasal lelaki lembut.haa bagi gua kan kalau lelaki lembut ni dia tak kontrol macho pon depan wanita..iye dak??dah name pon laki lembut.tapi sekughangnye dia tunjuk pe'el dia yang sebenar.tak cam SESETENGAH lelaki maskulin mereka lebih suke bajet bagus bajet hensem bajet pandai bajet segalanya bajet hahaha jangan nanges eh jangan nanges.secara tak langsung gua telah mengkritik pedas abang2 gua yang tidak tergolong dalam golongan lelaki lembut.haha gua gelak jap


lagi satu lelaki lembut tak suke marah wanita kerana mereka punye hati pon ala ala lembut macam wanita.kalau marah pon manje manje gitu.berbeza dengan lelaki tidak lembut ye wahai hadirin hadirat sekalian yang suke emo tak tentu pasal pastu menyembur rasa amarah mereka ke arah wanita.ni gua mang tak puas hati gile..rase nak tengking balik pon ade tapi apekan daya gua hanya seorang wanita.malas gua nak bertekak dengan lelaki yang bajet hensem.haa lu mesti nak nanges lagi kan.


lagi satu kan kalau lelaki lembut ni seronok je kalau nak usik nampak comel je..cube kalau maen sepsepseptomtomtom dengan lelaki tidak lembut..hahhah silap silap dapat cop mohor bentuk kaki dekat muka.


eh lagi satu orang selalu ingat lelaki lembut ni adalah gay.oh tidak anda salah sama sekali.gua penah nampak weh laki lembut jalan lenggang sawi lagi pegi solat jumaat comel je masuk masjid.haa dan tak semestinya mereka adalah golongan lelaki suka lelaki.gua tengok ade je laki lembut ada seploh anak kau!bapak gua pon anak lapan je..bapak lu anak bape?hahaha baru gua pasan ayat gua tunggang langgang.mampos le kan..


lagi satu gua sebagai wanita gua rasa lagi selamat nak luahkan perasaan gua dekat mereka berbanding dengan lelaki maskulin..walaupon hakikatnya gua tak pernah pon meluahkan perasaan gua kepada mereka.tapi gua buat buat macam gua pernah luah.


dan selalunye kan lelaki lembut ni mereka adalah golongan lelaki bermuka comel.hahhah serius gua suke!kalau yang muke tak comel sangat tu gua rase bengang jugak le..apa salah nye jadi taff kan huahuahuahua...dan mereka ni salunye buat rawatan muka bagi muka licin..tu lagi nampak sweet hahaah ayat gua ni boleh buat gua rasa marah dengan diri gua,


hahaha dia ni lelaki lembut malangnya beliau ialah gay.tapi gua minat gila dekat dia sobs

hahaha windu gilewww detat cutun...


selepas dibelasah teruk oleh ayah baginda sutun telah insaf


kurt hummel nape lah lu ni gay???kenapa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

bapak gua penah kate sayang bini sepak terajangkan hahahahahahahha 

jadikan gua rasa disini gua nak mohon maaf kerana gua telah menggores hati lelaki tidak lembut..opss jangan nanges pulak!ok bye uolsss...