Tuesday 15 January 2013

2013-kematangan terlampau

 assalammualaikum semua hehehe..
nampak tak tajuk je dah gempak siot..sebenarnya aku nak buat tajuk 2013-21 hari mencari kematangan.tapi terbatal..ataupon bak kata Fuzah 2013-rambokah 19 tahunku...eh nampak tak intro pon dah gempak gila ni weh!okay sesiapa yang tak puas hati boleh buat police report.



nak jadi orang minyak yang kaya dan berjaya..nak jadi orang minyak yang kaya dan berjaya..nak jadi orang minyak yang kaya dan berjaya..haaaa

2013.eh kenapa mesti buat entry kalau tahun baru eh?kenapa!eh kan bebudak sekarang nak pakai ipad je nak pakai tab je terajang karang!*marah tak tentu pasal

nampak tak sebenarnya motif entry ni masih kabur kabur.dan aku masih mencari definisi matang ni apa.adakah matang ni bila kita dah tak boleh nak makan choki choki ?ataupun kita tak boleh beli apollo rasa yang pasti menggemparkan?ataupon definisi matang ni adalah kita perlu beli durian crepe dan post dekat facebook?ke macam mana?banyaknya definisi..

matang ni bila kita kena capai umur 18 ke?ataupun kena habis SPM..ataupon kena ambil SPM.kalau tak ambil tu kira takde wawasan..eh yeke camtu?

tapi teman ada wawasan..


dan aku rasa macam aku hampir mencapai tahap kematangan.dan sesiapa yang nak batuk sila batuk sekarang.eh serius.sekarang masa untuk serius.*kata matang*dan akhirnya aku faham..matang ni tak kira umur..jangan ingat budak 5 tahun tak reti jadi matang langsung.bila dia kata susu dumex lagi sedap dari susu dutch lady kita kena dengar.itu menunjukkan kematangan beliau dalam memilih brand susu.when i speak u listen!*kata seorang budak 5 tahun kepada promoter dumex*

 dan korang perasan tak aku tak masuk isi lagi.hahaha.aku nak gelak kejap.haa okay masuk isi.haha aku faham nak melalui sesi permatangan seseorang tu agak payah.dia bukannya kita perlu serius 24/7.tu jimbit namanya..dan kita tak perlu lah nak muka serius camtaik je tiap masa.
LISTEN LISTEN LISTEN

yang kita perlukan sekarang ye wahai mahasiswa mahasiswi mahaguru dan adik adik pelajar sekolah serta tadika sekalian...*tarik nafas* serius dalam belajar ye ! *hembus nafas kekuat sampai keluar bulu hidung*

eh tak.aku pon baru nak serius dalam belajar sebenarnya,bila aku sedar alam universiti yang memang totally berbeza dari zaman sekolah bilamana masa zaman sekolah semua benda cikgu suap,cikgu tolong potostetkan,cikgu tolong belikan pin number,cikgu bagi nota dan semuanya perlukan cikgu,melainkan basuh baju serta sidai tuala.tu kena buat sendiri.

tapi lain lah masa zaman universiti ni.semua kena cari sendiri.kerah kudrat sendiri.bangun pagi sendiri..eh?cari nota sendiri..maka masa sem 1 dulu aku masih tak nampak semua tu,lantas aku pon berjimba dengan amat dasyatnyaa..haaa..sampai naik sem 2 baru aku tersedar dari mimpi*tu pon lepas prince charming cium dahi..awww*

matang ni bilamana kita dengar pendapat orang,apa yang orang tegur kita jadikan sebagai pengajaran..bukannya kita memarah dan kata "alahhh macam bagus je Samad tu ! " " weh Zubaidah nak bajet alim mende!dia pon pakai baju nampak ketiak ! "
dan kau terus maki hamun sebab Zubaidah tak cukur bulu ketiak.

dan bila kita tengah berdiskusi dengan kawan kawan tentang hal hal dunia masa kini,masa ni lah kita kena matang,sebab kita ni lah harapan bangsa,jangan masa orang tengah kutuk BN kau terus simbah minyak tanah satu badan dan bakar diri sendiri tanda protes.itu tidak matang ye Sharifah Zohra.tidak matang.semua orang ada pendapat sendiri,dan kita dengar pendapat mereka dan fikir.bukan terus memaki dan mencaci..dan kepada Miss Bawani...vanakkam..

dan matang tu apabila kita perlu menjadi matang,seperti membeli nasik lemak.. " tambah ayam ye kak,kulit nak lebih.haa sotong tu nak janggut je,kalau boleh bagi sekali begedil "
nampak tak?matang dalam pemilihan lauk.

dan kita perlu terus matang dalam pemikiran..maksud aku wahai jimbit.bukan masa nak berlawak pon hang nak matang terlampau,jangan...nanti buku lali makan dia..



sudi tak awak jadi makmum saya???heee...

NO!kepala jimbit kau !


dan kepada imam dan makmum dan kepada tulang rusuk...sila jangan buat perangai..jangan sampai tahap kematangan aku melebihi paras suhu bilik.jangan!

dan habis sudah tentang sesi kematangan kita..eh ini baru sesi satu ye,,

adios,assalammualaikum





love,
khadijah ♥,


Wednesday 31 October 2012

siti nurhaliza mengandung?!!!





haii!!dah lama jugak aku tak update ni.dah sampai jadi rumah tikus.siap beranak ranak kau!mintakk maap le sape sape yang suruh aku update tu tapi aku buat bodoh je *tulis macam hot gitu.
emm nak cerita pasal apa lagi.mengikut tajuk diatas yang sangat sangat menarik loser.jadi apa yang perlu dilakukan adalah mengabaikan tajuk diatas,dan buat karangan lain.dan sila sial..haa tengok dah typo.

ye,sem 1 yang indah,damai tenang haa semua yang sama waktu dengannya.

awal sem 1 yang menyesakkan jantung aku.menyesakkan hati serta perjalanan darah menjadi semakin lambat dan hampir jammed dibuatnya..homesick tahap nak mampos kerana jauh dengan keluarga iaitu sama dengan perjalanan selama 2 jam setengah sikit je untuk sampai ke rumah.

aku tahu korang semua nak tahu kehidupan campus aku cemana.haha konfiden je aku cakap.tah tah semua orang buat donno je.ahh persetankan!
dan macam macam jenis manusia telah aku ketemu.ecehh..dan..dan...yeaayy!!!ramai lelaki hensem!!!

pertengahan sem 1 yang indah di ketemukan dengan manusia manusia pelik baik penyayang dan seangkatan dengannya..tah..tak reti pulak nak buat ayat bermadah madah ni.ok go on je terus.malas nak cakap bebanyak.

perkenalan yang singkat dan tak dijangka.tapi siapa sangka kasih sayang yang Allah hadirkan kekal hingga kini.Hilal sexy and we know it haha.



SYAHIR LUQMAN
alaahhh apasal aku tak rotate!tapi takpe.oh ye syahir,mula mula nmpk dulu aku rasa dia budak yang social2 gitu.jadi aku malas nak amek port lagipon dia budak kelas sebelah.tapi salah rupanya,first meeting club aku dapat tau dia ketua dakwah and welfare.oh baik budaknya,jadi imam.baca quran pon sedap.nyanyi pon boleh tahan even kdg2 rasa mcm ada kat Sumatera Barat bila dengar dia nyanyi.sebelum kenal dia kata aku sombong.dan semestinya tekaan beliau amat salah.kami berkenalan lepas dia tahu nama aku Khodi.dan dia suka sebut2 masa malam tu.aku ingat lagi.dan sejak tu mula rapat sikit demi sikit.seorang yang rajin melayan kerenah dan kita wajib layan je kerenah beliau.syahir suka wanita tudung labuh pakai handsocks.maka aku terkeluar daripada list.haha.Syahir ni cita cita dia nak jadi ustaz.insyaallah makbul.dan kepada wanita yang ingin berkenalan dengan beliau jangan segan2 PM aku ye,eh Syahir sorry for the pranked call hahaha

AMIRUL ASYRAF
hye Mirul.cinta hati pengarang jantung Alia.aku kenal dia sebab dia pernah buat announced masa dekat kelas Poli.dah cakap ganu pulak.sebijik cam amir Raja Lawak.haha Mirul pantang orang panggil dia cenggitu.hehe.seorang yang mengambil berat dan langsung tak kisah kalau orang mintak tolong.Mirul ni dia nak jadi pakar motivasi katanya.tengok kepetahan dia bercakap insyaallah tercapai.dan kelebihan dia melempang orang pon boleh tahan kuat.hahah.Mirul suka stress stress masa study.haha aku bukan stress sebab study.tapi aku stress tengok dia stress.tapi dia best.sebab dia layan je kalau aku merapu.Mirul ni garang jugak kekadang.dia selalu marah aku kalau aku sendawa kuat kuat.tapi aku tak berapa nak hairan sangat..sebab Mirul taknak kawen dengan aku kan?hahaha.tapi insyaallah lepas ni aku behave.aku pernah buat pranked call dekat Mirul jugak.tapi just try and error.terima kasih bagi kerjasama haha.

WAFA AWLA
tak tahu nak cakap macam mana.tapi mula mula aku kenal Wafa ni aku ingat dia sombong.suka mengejek orang.haha jahat aku.tapi bila dah kenal tak sangka Wafa ni penyajak penyair pegurindam semua.hati Wafa ni halus.romantik orangnya.juga pendengar dan penasihat yang baik.aku kalau ada masalah dengan orang mesti aku mintak pendapat dia.dan sebab kata kata dia lah yang buatkan aku makin lama makin kenal erti kehidupan ni.tapi kadang kadang aku tengok dia macam mak mak pon ada sebab dia lagi suka tengok kitorang merapu tapi dia diam je sambil senyum senyum.WAfa cita cita dia nak jadi penulis.tinggi cita cita dia,dengan bakat dia yang diasah tu aku yakin Wafa boleh pergi jauh.pastu Wafa suka tacing tiba tiba.tapi aku macam tak tahu nak buat apa sebab aku tak reti nak reka ayat romantik romantik.mungkin Syahir reti nak handle Wafa ni ahhaahaha.


HILAL AZMAN

antara orang yang paling aku kagumi dengan semangat waja beliau yang selalu menaikkan semangat orang lain supaya tak mudah putus asa.seorang ketua yang hebat.juga seorang kawan yang suka menasihati.tapi Hilal ni anak manja rupanya.hahah diam diam Hilal ni anak bongsu.comel kan?hahahaha lawak okay lawak!Hilal selalu ada masa saat saat genting.masa kitorang tengah buntu tak tahu macam mana nak study history padahal esoknya final exam.Hilal dengan tenang dan sabarnya mengajar kami yang sememangnya banyak kerenah dan peelnye.Hilal ni serius di tempat2 yang sepatutnya dan manja di tempat yang tak sepatutnya.haha!tapi comel sangat Hilal buat gaya pondan!errr..sorry Hilal for the pranked call.err macam mana boleh tiba tiba?hahaha.harap harap Hilal jadi ahli politik yang berjaya.Amiinnn...



SHERIL ATIQAH
bolee bhaa qalau qau.hahaha.antara manusia pelik yang aku pernah jumpa.aku jadi jakun dengan loghat Sabah yang pekat dan likat yang dikeluarkan dari bibir mungil dia tu.pastu kalau jumpa dia aku selalu suruh dia cakap macam2.tapi Sheril ni baik.dia sabar je kalau aku lambat siap2 nak pergi kelas.dia sabarnye tunggu aku kat bawah.tapi sepanjang jalan tu mulut dia mesti membebel bebel.aku pon terpaksa tadah je even tak masuk otak pon.Sheril ni tak suka makan pedas.jadi aku suka usik dia dengan tangan aku yang penuh sambal nak letak kat pinggan dia.haha.tapi dia suka makan coklat.aku pulak yang mual tengok hari hari dia kunyah.pastu Sheril suka tidur dalam kelas.kdg2 aku join.tapi selalunya aku jadi tukang urut dia.Sheril ni suka gelak kuat kuat.rasa nak tampar jugak kadang2.pastu Sheril selalu bawak makanan Sabah yang pelik pelik.aku ingat lagi dia semangat gila buat Ambuyat.padahal aku tak reti nak makan benda alah tu.ye aku sayang Sheril sebab kalau takde dia,lagi lambat aku pergi kelas.hahahah


SHARIFAH HANISAH(tudung coklat)


glemer lah Syaza dengan Sheril gambar diorang ada sekali.okay,Hani adalah antara manusia terawal aku kenal dekat Uia ni.aku tengok budak ni pelik je.sebab dia suka gelak2 kalau aku bercakap.pastu dengan pelat 's' dia tu.memang tak menahan.pastu Hani ni kalau boleh,kalau kitorang jumpa ke,memang dia nak conquer semua sesi perbualan tu.hahaha!tapi Hani rajen belajar.cuma bila belajar sesama kitorang bergosip je lah.Hani ni ramai peminat.muka lawa.belanja pon boros.haha.cuma Hani ni suka buat benda benda pelik.time orang diam.dia paling bising.Hani rajen je kalau orang ajak teman pergi makan.sebab Hani suka makan roti tisu.walaupon Hani suka datang bilik aku tak kena masa,ada ke datang time aku baru bangun tidur.mulut pon tak boleh bukak lagi,tapi takpe.aku sayang Hani,sebab Hani rajen kongsi roti tisu dia dengan aku.hahaha



SAUFI MOHAMAD
yeaayy!!aku tak rotate lagi!!Saufi.haa comel je budaknya.sebabkan Saufi and baby stagg dia lah kitorang rapat sampai sekarang.mula2 dulu usha Saufi dari jauh je.tak sangka lama lama jadi kawan.haha Saufi pon syok lah aku usha dia.Saufi ni mula mula kenal dulu aku ingat dia garang tau.rupanya lawak nak mampos.rasanya nak bagi takhta je dekat dia.pandai main guitar.ohh sweetnye..dah lah kecik main guitar pulak tu..korang dapat imagine tak?lagi lagi lagu love story.Saufi tak kesah pon kalau kitorang suruh dia ulang lagu yang sama tiap tiap hari.dia layan je.berani pulak budak Saufi ni.kalau dah lama sangat kitorang study,dia akan hantar balik(yelah dia pon one way)hahaha.apa lagi pasal Saufi.oh dia ni budak hafazan.baca Quran sedap je.haha perasan tak Saufi je tak pernah kena pranked call.tahniah Saufi!yelah.terima kasih Saufi.dengan izin Allah yang datangkan hang dalam kelompok kita,terima kasih.



will we be your SUPERHERO?
(penat sangat lepas study Political Science 0215a.m.)


see,penat aku karang panjang panjang entry ni.yelah.kehidupan aku dekat university sama jugak dengan orang lain.takde bezanya.ada pasang surutnya,cuma satu je,kasih sayang yang Allah bagi ni semua pinjaman je.semua benda pon.jadi janganlah kita kufur dengan nikmat Allah.


p/s:nantikan entry yang seterusnye yang lebih menarik mengancam terhangat tentang roomate roomate aku.pastikan anda tidak ketinggalan.*haha ayat mintak sepak siot.



love,
kowjah.


Thursday 3 May 2012

fawah dhobitoh.

 gaya tajuk aku cam gempak nak mattei.
dan fawah pon boleh kembang sebaldi,dua tiga baldi pon boleh.
ko hengat senang.fawah ni baru kawan aku bape bulan tah.aku pon tak saat terbitnya bibit perkenalan antara kami.mesti membe aku yang laen pon jeles sangat.kenapa tak pilih aku!
haha diam ah kome forever alone forever alone sekalian.
sebenarnya aku tak nak cerita pon pasal fawah ni.atoto fawah jangan nanges ok?
ahhh!!!!!intro aku tak best langsung!*baling barang atas meja solek.

jadi untuk menghilangkan kebosanan tahap kebabian eh contoh taubat.aku pon pasang lagu justin bieber.tak kenal justin bieber?bagus.bagus sangat.memang bagus.bagus!*padahal takde idea nak tulis mende tulis bagus banyak kali.

ok dah sebenarnya aku tetibe risau pulak.tadi aku tanya irham*sape yg bace seminggu selepas entry diterbitkan pon tetap tadi jugak*haa aku tanya dia aku takde tajuk ah.pastu dia suruh aku tulis tajuk kawin muda.hahah wadafak iram.pastu tetibe andartu terlampau.ko ingat aku ni haliza misbun ke mende.dah ah dia maen reket pon tak reti ahaha

lawak kan cerita ni.tapi mak aku mengamuk sakan bila aku tengok cerita ni haha
john jonan jonathan jugak yg dia nak eh takde motif aku terangkan

weh sekarang adalah kemuncak kegemilangan bagi lepasan SPM macam aku yang tanam buah takde buat ape kat rumah makan tido je.kemuncak ape?haa nak tentukan dapat u ke tidak.tu pon tak tau dasar samdol!kalau tak dapat acane?adakah aku patut ikut mereka ke mesir?jordan?kaherah?wehhhhhhhhhhhhhhhhh tak nak mak pak aku tak banyak duit.lagipon jauh dengan suami.aceceh meh sape sape volunteer nak tembak aku.aku izinkan.

tadi sembang ngan iram.tengah klimaks sembang dia boleh kata nak offline.nasib baik dia bff aku maka aku pendam je perasaan yang berduka cuka ini.wehh apa ni.takde motif langsung cerita pasal iram.tak menarik.kompem iram baca dia nanges terus taknak balik tronoh dah.

jadi aku ada wishlist sementelah dah masuk bulan5 ni.

1.pakai stoking bila keluar rumah.
kalau pakai stoking ni nampak cam badut tak?


2.kurangkan pakai tudung yang jarang.yang nampak aurat
uolls prefer yang mane?eh apasal gambar ni senget.

3.kurangkan mencarut.
tolong jangan mencarut bila tengok gambar ni.

4.kurangkan sifat baran
sesiapa yang kenal aku mungkin tak perasan aku ni baran.eh ke perasan?ahhahaha dah diam.baek amek wudhu' lagi bagus.

5.menjadi lebih keperempuanan.
aku usaha carik gambar mak nyah paling cantik.tapi aku berjaya jumpa yang ni je.ni nampak muslimah sikit dari yg lain.

tapi berjayakah aku melaksanakan misi dan visi aku ni?insyaallah berkat acewahh..kurus?tu wishlist aku masa bulan6 kot haha.sabar ye rakan2 satu hari nanti aku akan kurus dan jadi ratu cantik asia seperti apa yang kalian mahukan.

sudah sudah mari doa ramai ramai agar dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat..
bye uolss