assalammualaikum hye readers!*aku tengok major bloggers tulis hye readers jadi aku pon tiru.
kenapa ye entry aku kali ni.cop perasan tak perkataan gua dah hilang?haa aku takut bila baca rasa cam merempit pulak.gua datang sini gua lipat motor.lu lipat hapa?!haha tu adalah salah satu adegan adnan sempit.
haa nak tau tak aku singkap cerita sebenar aku.sebenarnye kan aku tak penah lulus bahasa arab tinggi masa aku form5.aku bukan ape bahasa arab tu tinggi sangat aku dah le takut tempat tinggi jadi aku pon diam je lah dekat bawah.
eh bukan aku sorang je tau!uolss mesti ingat aku ni bengap sangat kan?tak mungkin aku nak bengap sorang sorang..aku ada jugak seret dua tiga orang kawan aku supaya mereka pon terjerumus dengan kancah yang aku lalui ni.pergghh ayat aku patutnya bm dapat a plus ni
tapi alhamdulillah mase spm aku score gila hahah gaya cakap macam dapat aplus kan. tak mungkin aku hanya dapat c sahaja hoi tu pon aku rasa bersyukur siot ah!ni semua berkat aku hafal karangan bangun kol 5 pagi..sobs..aku pon tak menyangka sangat.aku ingat lagi kata2 ustaz yang mengajar aku arab.
masa tu aku tengah enak dibuai mimpi.pastu ustaz suruh kejut sape yang tido.tapi aku tak bangun.pastu ustaz kata sape yang tidur lepas ni tak payah bangun bangun dah.
sentap mak nakk!!lepas tu aku terus bangun.tapi disebabkan masa tidur aku sembamkan muka atas meja.jadi muka aku jadi cm forever alone terus lepas bangun.
yang aku perasan ustaz selalu attack aku dalam kelas.aku tak tau kenapa.aku ni special guest kot.kalau aku tengah tidur boleh ustaz tanya kat aku "khadijah,seronok tak nama kamu ada dalam ayat ni khadijah??"haa bayangkan betapa terkebil kebilnya aku nak bukak muka surat berapa.naseb baek manes kawan aku tolong bagitau.ohh manes terima kaseh..muahh muaahh sikit.
muka surat berapa tadi ustat???sobs sobss
yang bestnya masa sekolah ni..eh lupa aku nak bagitau aku all girls school.dan disebabkan keistimewaan yang diberi,kami boleh lakukan sesuka hati apa yang hati kami nak lakukan.kadang2 pegi prep malam pon pakai baju sekolah dengan tudung bau kari ikan.sebab dalam fikiran.bukan ade laki pon.kalau ade pon cikgu fikri.eh tu kena pakai cantik cantik.haha ok kalau ade pon cikgu nazeri.dia pon dua bahagi empat je..oppsss math error
eh lupa kenapa dengan tajuk aku ye?aku bukan hape.takut terbawak bawak perangai aku yang suka tutup mata masa belajar.masa tu bukak otak dan telinga je.acewaahhh sepak sikit.aku rasa semua orang cam aku kot.eh bukan semua orang.tapi ada yang berfikiran macam aku.
eh subjek ni tak sesuai lah waktu pagi..mengantuk nak mattei!
eh subjek ni patutnya lepas rehat,sekarang ni lapo tak boleh focus.
eh subjek ni tak boleh masa tengah hari,nanti sel neuron putus.
dan bermacam lagi alasan yang pernah terlintas dilubuk hatiku.eh bukan aku sorang je.aku tau ramai perangai hantu macam ni jugak.sape tak mengaku dia konco dr. Rozmey!
jadi masa kat universiti kita boleh pilih kan pukul berapa kita nak kelas tu.jadi aku pon berkira kira*konfiden macam dah dapat tawaran haha*
pagi:tak boleh sebab belum bangun.
tengah hari:tak boleh jugak.panas nanti migrain.lagipon mase tu nak sidai kain.
petang:tak boleh masa tu nak maen lagipon nak angkat kaen lagi
malam:tak boleh jugak sebab masa tu nak kira bintang
jadi kepada mahasiswa ataupon mahasiswi yang baca ni.jangan amalkan.kalau amalkan silalah berlakon dalam movie terbaru dr.Rozmey iaitu rambutku kegilaanmu.movie kali ni mungkin mencecah 51juta pulak.sebab sambutan disekitar tadika sangat menggalakkan.
jadi masa aku baring baring sambil tengok cicak mengawan aku terfikir.masa dekat universiti boleh ke buat perangai malas bebal semua perangai hantu masa kat sekolah dulu?boleh ke??dr.Rozmey boleh ke aku buat macam tu lagi??boleh ke tak!!ko tak jawab aku rebonding rambut kau!
sambutan movie terbaru sangat menggalakkan dikalangan pelajar tadika dan pasti mahupun taski.oleh itu sebagai penghargaan saya akan menghadiahkan mereka jus mate5.
serius aku macam rindu nak iron baju sekolah.nak tidur dalam kelas pastu kena cubit dengan cikgu rohani.kalau mengantuk pergi bilik sakit.ahhh best nya dekat sekolah..tapi kat universiti nanti lagi best kot.huahuahua tapi sape nak jaga aku!!!
dah ah tu penat aku menaip.tetibe je semangat ape tah datang nak tulis kat blog ni..semangat Rambut Rozmey kot.
pecah kaca pecah pinggan
lepas baca jangan simpan.
hahaha amende tu!!!!!ok bye bye uolss..